Wednesday, March 9, 2011

Majlis Perkahwinan Hani & Zaidi

Majlis : Nikah,Sanding dan Outdoor
Tempat : Taman Segar , Segamat
Tarikh : 5hb Mac 2011
Jurugambar : Mohd Azami Sarju - 013 9362131
Gear : 1000D + 50D
Lens : 50mm + 18-55mm + 17-85mm + 70-300mm

As-salam. Majlis Pernikahan antara Hani dan Zaidi telah berlangsung jam 10 pagi di rumah pengantin perempuan di Taman Segar tidak sampai
lima minit dari Bandar Segamat. Majlis agak meriah dengan dendangan lagu dondang sayang oleh bapa pengantin yang cukup sporting....menggamit para
jemputan yang hadir sambil menikmati nasi beryani istimewa ... Sebelah petang, kerancakan sesi outdoor terganggu dengan kehadiran sekumpulan monyet di atas pokok yang ingin bergambar agaknya membuatkan Hani ketakutan tak terhingga... sesi terpaksa berpindah ke Dataran Segamat.....
Kepada pasangan pengantin, semoga ikatan ini berkekalan hingga ke syurga. Amin..