Tuesday, December 14, 2010

Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar?

Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:


1) Kos Peralatan Kamera 
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.


2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.


3) Masa Perkhidmatan 
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.


4) Perkhidmatan Selepas Rakaman 
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.


5) Kos material 
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.


Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Monday, December 13, 2010

Majlis Perkahwinan Eila dan Roy



Majlis : Nikah ,Sanding dan Outdoor 
Tarikh : 12 Disember 2010 
Tempat : Blok 5, Keratong 9, Muadzam Shah 
Jurugambar : Mohd Azami Sarju - 013 9362131 
Gear : 1000D + 50D 
Lens : 50mm + 18-55mm + 17-85mm + 70-300mm
 


Terima kasih kepada Eila & Roy kerana sudi mengundang  saya untuk merakam peristiwa paling bersejarah dalam hidup kalian berdua. Tatapilah gambar yang saya sajikan ini  dan tidak terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baharu buat kalian  bedua .......


























Wednesday, September 1, 2010

Custom Album Design

Cover belakang                                                Cover hadapan

















Sunday, August 29, 2010

Sticky Album

Stick Album adalah gambar 4R yang disusun didalam album sebanyak 120 keping gambar mengikut perjalanan majlis... saiz album ada seperti 13 in x 13in atau 10.5in x 15 in.




Untuk keterangan lanjut sila hubungi 
 FB/SMS/ WhatsApp 013-9362131





Tuesday, August 24, 2010

Pakej Fotografi Perkahwinan

PAKEJ A- FILZAH Photobook with Edited Hard Cover ( Helaian Nipis 250 gm) i. (Nikah , Sanding + Outdoor) - 8in x 12 in 1. Photobook album , 20 pages with editing. 2. Free 2 pcs 8RW fully edited. 3. Free Gambar poster 12in x 18in texture 4. Softcopy in DVD (unlimited photos) 5. DVD Case Mock Up Image 6. Free outdoor ( hari yang sama) 7. Online gallery (pilihan)
http://ammaryusoff.blogspot.my/2015/10/photobook.html

PAKEJ B- FATIN Photobook with Edited Hard Cover ( Helaian Nipis) i. (Nikah , Sanding + Outdoor) - 10in x 12 in 1. Photobook album , 20 pages with editing. 2. Free 80 pcs 4R fully edited. 3. Free 3 pcs 8RW fully edited. 4. Free Gambar poster 12in x 18in texture 5. Softcopy in DVD (unlimited photos) 6. DVD Case Mock Up Image 7. Free outdoor ( hari yang sama) 8. Online gallery (pilihan)
http://ammaryusoff.blogspot.my/2015/10/photobook.html

PAKEJ C - AININ : PHOTOBOOK (40 PAGES) ( Nikah + Sanding + Outdoor) i. ( CRYSTAL + HARD COVER ) 10 INCI X 12 INCI
1. Photobook 40 pages (helaian 250gm) 2. Free Gambar poster 16in x 24in texture 3. 3 keping 8RW 4. Softcopy in DVD (unlimited photos) 5. DVD Case Mock Up Image 6. Online gallery (pilihan) 7. Free outdoor session ( hari yang sama)
http://ammaryusoff.blogspot.my/2015/10/photobook.html

PAKEJ D - SOFEA : CUSTOM ALBUM 8 INCI X 12 INCI ( Nikah + Sanding + Outdoor) - (Helaian Tebal) (CRYSTAL CUSTOM ALBUM) 1. Crystal Custom Album 22 page, size 8in × 12 inci. 2. 3 keping 8RW 3. Free Gambar poster 12in x 18in texture 4. Softcopy in DVD (unlimited photos) 5. DVC Case Mock Up Image 6. Online gallery (pilihan) 7. Free outdoor session ( hari yang sama) http://ammaryusoff.blogspot.com/2014/04/layout-custom-album.html

PAKEJ E - YUSOFF : MOCKUP CUSTOM ALBUM 10 INCI X 15 INCI 
( Nikah + Sanding + Outdoor) 1. Custom Album 22 page, size 10 × 15 inci. 2. Percuma 1 Briefcase Custom Album 3. Free Gambar poster 16in x 24in texture 4. 3 keping 8RW 5. Softcopy in DVD (unlimited photos) 6. DVC casing with mockup cover 7. Online gallery (pilihan) 8. Free outdoor session ( hari yang sama) http://ammaryusoff.blogspot.com/2011/09/custom-album-design-10-inci-x-30-inci.html
PAKEJ F - RIFQAH : Crystal ALBUM 10 INCI X 12 INCI & free 100 4R ( Nikah + Sanding + Outdoor)
1. Crystal Album 22 page, size 10 × 12 inci. 2. 100 keping gambar 4R 3. Percuma 1 Briefcase Custom Album 4. Free Gambar poster 16in x 24in texture 5. 3 keping 8RW 6. Softcopy in DVD (unlimited photos) 7. DVC casing with mockup cover 8. Online gallery (pilihan) 9. Free outdoor session ( hari yang sama)

PAKEJ G - DHAMIRAH : 2 album : CUSTOM ALBUM 10 INCI X 12 INCI & PHOTOBOOK 8 INCI X 12 INCI 20 PAGES ( Nikah + Sanding + Outdoor) i. (CRYSTAL CUSTOM ALBUM) & ( HARD COVER PHOTOBOOK) 8 INCI X 12 INCI 
1. Custom Album 22 page, size 10 × 12 inci. 2. Photobook 40 pages. 3. Percuma 1 Briefcase Custom Album 4. Free Gambar poster 16in x 24in texture 5. Gold Deco frame 8in x 12in 6. 3 keping 8RW 7. Softcopy in DVD (unlimited photos) 8. DVC casing with mockup cover 9. Online gallery (pilihan) 10. Free outdoor session ( hari yang sama) http://ammaryusoff.blogspot.com/2014/04/crystal-album-10-in-x-12in.html

PAKEJ H - ADI : 2 album : CUSTOM ALBUM 10 INCI X 12 INCI & PHOTOBOOK 8 INCI X 12 INCI 20 PAGES ( Nikah + Sanding + Outdoor) i. (CRYSTAL CUSTOM ALBUM) & ( HARD COVER PHOTOBOOK) 8 INCI X 12 INCI 
1. Custom Album 22 page, size 10 × 12 inci. 2. Photobook 40 pages. 3. Percuma 1 Briefcase Custom Album 4. Free Gambar poster 16in x 24in texture 5. Gold Deco frame 8in x 12in 6. 3 keping 8RW 7. Softcopy in DVD (unlimited photos) 8. DVC casing with mockup cover 9. Online gallery (pilihan) 10. Free outdoor session ( hari yang sama) http://ammaryusoff.blogspot.com/2014/04/crystal-album-10-in-x-12in.html

PAKEJ I - PUTERA : 2 album : CUSTOM ALBUM 10 INCI X 15 INCI & PHOTOBOOK 8 INCI X 12 INCI 
( Nikah + Sanding + Outdoor) 1. Custom Album 22 page, size 10 × 15 inci. 2. Photobook 40 pages. 3. Percuma 1 Briefcase Custom Album 4. Free Gambar poster 16in x 24in texture 5. Gold Deco frame 8in x 12in 6. 3 keping 8RW 7. Softcopy in DVD (unlimited photos) 8. DVC casing with 9. Online gallery (pilihan) 10. Free outdoor session ( hari yang sama) http://ammaryusoff.blogspot.com/2011/04/custom-album-zali-ida.html
* Charge tambahan RM100/JAM dikenakan jika outdoor dijalankan di luar hari majlis * Charge tambahan RM50/JAM dikenakan untuk majlis malam berinai, berkhatam & tukar persalinan * Tambahan RM600 bagi majlis sebelah pihak lagi * Sila rujuk Terma & Syarat http://ammaryusoff.blogspot.com/2012/04/terma-dan-syarat.html


*Sila nyatakan perkara berikut semasa membuat pertanyaan  / tempahan:

1. Tarikh.
2.Tempat Majlis Berlangsung:
3.Bilangan Hari Majlis.

* Sila rujuk Terma & Syarat

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 
 FB/SMS/ WhatsApp 013-9362131

Mohd Azami bin Sarju
azamijku2569@yahoo.com